Kadang² apa yang kita inginkan tak semestinya akan dapat. Mungkin
bukan itu yang terbaik untuk kita.
Kadang² impian kita mahu kan sesuatu yang mungkin orang lain
boleh dapat sesuatu itu dengan mudah. Mungkin kita Allah uji dengan kesabaran
untuk berusaha dengan lebih banyak dari mereka.
Kadang² kita harapkan orang lain memberi apa yang kita inginkan,
tapi mereka berikan setakat yang mereka mampu. Mungkin Allah inginkan lagi
kesabaran terlahir dalam hati kita.
Kadang² kita usaha dgn sungguh² sehingga mati-matian. Mungkin
Allah tahu tahap keikhlasan kita dalan usaha itu dan mahukan keikhlasan lebih
bermakna kepadaNYA.
Kadang² kita tak nampak apa yang orang usahakan untuk kita
sedangkan yang dinampak hanya cemuhan dan cacian orang.
Mungkin kita tak hargai orang sekeliling kita yang sangat
sayang kan kita, tapi kita terkejar² orang
yang tidak menghargai kita.
Itulah yang dipanggil Allah masih sayangkan kita, kerna dia
mahu kita tahu bahawa hanya kepadaNYA
kita mampu berdoa, bertawakal, dan berserah.
bantulah ibu bapa kita selagi mereka masih ada.
No comments:
Post a Comment